Pengembalian & Penukaran

  1. Apakah polisi pengembalian anda?

Pengembalian hanya boleh dilakukan sekiranya barang yang anda terima mengalami kerosakan fizikal disebabkan produksi/kilang.

Sila emel kami di wearpantsandmore@gmail.com dalam masa 7 hari selepas menerima barang anda. Sila sertakan nombor pembelian, penerangan dan gambar kerosakan tersebut.

Pastikan barang tersebut belum dipakai atau dicuci.

  1. Apakah polisi penukaran anda?

Penukaran hanya boleh dibuat sekiranya anda memilih warna yang salah dalam masa 7 hari selepas menerima barang anda. Barang tersebut haruslah belum dipakai, dicuci dan tidak rosak.

Pihak kami tidak akan menerima sebarang penukaran yang disebabkan oleh kesalahan saiz. Sila rujuk kepada carta saiz kami dengan teliti sebelum membeli.

Harap maklum bahawa sebarang kos pengeposan untuk penukaran barang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda.