Soalan Sering Ditanya

1. Bagaimana untuk membuat pembayaran?

Kami menerima pembayaran melalui kad debit dan kredit – Visa dan Master card, dan pembayaran dalam talian.

Untuk pembayaran dalam talian, sila pilih Billplz. Untuk kad debit dan kredit, pilih Stripe.

Tiada caj tambahan, tiada caj tersembunyi. Harga yang tertera adalah harga yang akan anda bayar.

2. Adakah Pants & More membuat penghantaran seluruh Malaysia?

Ya, kami membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.

Kos penghantaran adalah RM10 untuk seluruh Malaysia.

3. Berapa lama pembelian akan sampai?

Setiap pembelian mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk diproses sebelum di hantar ke perkhidmatan kurier.

Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2-3 hari bekerja. Manakala untuk Sabah & Sarawak, penghantaran akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5-7 hari bekerja bergantung kepada perkhidmatan kurier.

Harap maklum bahawa disebabkan Covid-19, penghantaran mungkin mengalami sedikit kelewatan terutama untuk kawasan Sabah & Sarawak.

Untuk pra pesanan, pembelian anda akan dihantar dalam masa 7-14 hari bekerja.

4. Bolehkah saya membatal/menukar pembelian setelah membuat pembayaran?

Sekiranya anda ingin membatalkan pembelian anda, sila hubungi kami di wearpantsandmore@gmail.com atau +6019 639 8117 secepat mungkin!

Kami akan cuba untuk membantu anda. Namun kami tidak boleh berjanji bahawa kami boleh membatalkan pembelian anda setelah anda melakukan pembayaran.

5. Bolehkah saya memilih perkhidmatan kurier yang saya mahu?

Maaf, tak boleh. Jangan risau, kami menggunakan perkhidmatan kurier yang paling dipercayai untuk menghantar parcel anda.

6. Bagaimana untuk mengesan pembelian?

Setelah kami menghantar pembelian anda kepada pihak kurier, anda akan menerima SMS/emel yang mengandungi tracking number untuk anda mengesan lokasi barang anda. Sekiranya anda tidak menerima SMS/emel ini, sila hubungi kami di wearpantsandmore@gmail.com.

7. Saya tak boleh nak kesan pembelian saya.

Perkhidmatan kurier memerlukan 1-2 hari bekerja untuk mendaftar status barangan anda.

Sila track order anda di website DHL atau Pos Malaysia (bagi Sabah Sarawak).

Sekiranya nombor pesanan anda langsung tidak boleh dikesan, sila hubungi kami secepat mungkin di wearpantsandmore@gmail.com.

8. Bagaimana jika saya tidak menerima pembelian saya?

Sila hubungi kami di wearpantsandmore@gmail.com sekiranya anda tidak menerima pembelian anda dalam masa seminggu selepas menerima nombor pesanan anda.

9. Baju/seluar tak muat. Boleh saya tukar?  

Kami cuba dengan sebaiknya untuk memberi penerangan secara terperinci berkenaan saiz dan ukuran. Sila pastikan anda teliti dengan betul dan pastikan anda pilih saiz yang betul sebelum membuat pembayaran.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel kami di wearpantsandmore@gmail.com!

10. Saya dapat barang yang salah, rosak!

Kami minta maaf! Sila emel kami secepat mungkin di wearpantsandmore@gmail.com atau hubungi kami di +019 639 8117.